Wednesday, 1 September 2010

Ramadhan Tiba Lagi


Alhamdulillah, masuk hari ke 23 hari ini berpuasa. Routine hari ini seperti biasa, ke pejabat. Buat kerja sikit, tengahari sikit pergi bank di Serdang. Tukar duit raya. Waktu zohor di Masjid Jamek Serdang, ada kuliah Zohor. Alhamdulillah ramai jemaah yang hadir. Ada pengumuman bubur lambuk akan diedarkan masa Asar nanti.

Tuesday, 27 April 2010

Lawatan Ke Australia






Pada 10 April 2010 kami berlima sekeluarga bertolak dari LCCT Sepang ke Melbourne, Australia. Setelah lebih 8 jam dalam perut kapalterbang kami selamat mendarat di Melbourne lebihkurang jam 11.00 malam waktu tempatan.
Nasib baiklah kawan Along, budak India muslim datang menjemput kami dan terus menghantar kami di Malaysia Hall, Melbourne. Malam itu kami bermalam disana.

Hari Pertama
Mengambil teksi dari Malaysia Hall ke Pitch Street. Pemandu teksi berbangsa Afrika mengingatkan semua penumpang mengenakan tali pinggang keledar sebelum teksi boleh bergerak. Nampaknya mereka dididik mengikut kepada peraturan, betul ke atau takut kena saman?

Selepas dapat kereta sewa, kami minum di restoren Bali kepunyaan rakyat Indonesia. Huh, harganya boleh tahan juga. Nasi goreng sama mee goreng. Terkejut Along kerana hari pertama lagi dah hebat-hebat makan. Maklumlah malam tadi dalam kapalterbang makan maggi sahaja.....kah kah kah.

Tuesday, 6 October 2009

Masjid Besi, Putrajaya



Balik Hari Raya dari Penang pada 25 September 2009, kami sekeluarga singgah di masjid besi Putrajaya. Masjid ini merupakan masjid kedua selepas masjid Putra di Putrajaya. Terletak di Presint 3, Putrajaya diberi nama Masjid Sultan Zainal Abidin dan diresmikan pada 1 Ramadhan 1430 Hijrah baru-baru ini oleh Yang Di Pertuan Agong sekarang.

Anggaran kos pembinaan masjid ini adalah sebanyak RM 200 juta.Dibina ditepi tasik dan boleh menampung jemaah seramai 50,000 orang. Tidak dilengkapi kipas angin mahupun pendingin hawa. Uniknya, ruang dalamnya tetap nyaman dan sejuk.

Pandangan dari luar masjid

Menjadikan ayat 57 surah al-Baqarah sebagai teras pembinaan, masjid ini memberi signifikan dari segi kerohanian, teknologi dan arkitektur. Makna ayat itu ialah 'dan kami naungi kamu dengan awan', jadi arkitek masjid ini merekanya berdasarkan konsep itu.
Malah terjemahan ayat ini juga diserlahkan pada binaan bumbung yang besar dan luas di ruang solat utama.

Ciri Tambahan
Tiang utama masjid ini menggunakan bahan binaan besi, ia dilindungi dan disaluti dengan panel alcubond yg boleh bertahan selama dua jam sekiranya berlaku kebakaran.
Kolam air bertingkat yg terdapat disekeliling bangunan masjid kelihatan seperti bersambung dgn tasik Putrajaya .
Udaranya yang kekal nyaman walaupun tanpa pendingin hawa atau kipas ternyata memberi keselesaan kepada jemaah. Aspek terbuka cukup ketara sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalamnya.

Kubah Masjid
Tiada struktur konkrit besar digunakan di ruang solat utama. Ini menjadikan ruang ini lebih berangin sementelah ia terletak di tepi tasik. Justeru, gabungan lantai marmar serta angin tasik membuatkan ruang tersebut sentiasa nyaman.
Masjid ini menggunakan 70 peratus besi atau anggaran sebanyak 6,000 tan besi keluli sebagai bahan binaan utamanya manakala selebihnya adalah konkrit.
Di bahagian luar, jejantas Kiblat Walk yang menghubungkan Dataran Putrajaya dengan bangunan masjid menambahkan lagi keistimewaan Masjid Besi. Jejantas dihiasi kolam air di tepiannya. Masjid ini mempunyai tiga gerbang utama dan setiap satunya selari antara satu sama lain dan berada dalam kedudukan lurus hingga ke ruang utama solat.



Escalator ke ruang solat Pemandangan ke luar masjid

Saturday, 26 September 2009

Gambar Raya 2009






Balik raya tahun ini di Kg.Baru Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai.
Seperti biasa lepas sembahyang di surau, bergambar semua keluarga di rumah. Budak-budak datang rumah kutip duit raya. Beri sorang RM1,lebih dari RM100 habis disedekah kepada mereka.
Kunjungan dari rumah ke rumah bermula jam 10.30 pagi hingga jam 2.30 petang. Berhenti sekejab untuk sembahyang Zohor.
Lepas Asar, pergi rumah Pak, Silah dan Kak Rodziah untuk beraya. Malam baru balik.
Begitulah aktiviti pada hari raya pertama

Tuesday, 3 March 2009

Kerinduan



Rindu sekali hati ini kepada suasana rumah di Kg.Baru Pokok Sena, Seb.Perai. Tapi apakan daya tempat tinggal sekarang jauh beratus batu..... Nanti kalau diizinkan aku akan pulang jua kepadamu satu hari nanti

Anak-Anak



Bapak dan Ibu



Gambar terkini setelah 22 tahun........