




Pada 29 Jun 2008 telah mendaftar Kak Yong untuk Kursus A-Level di Imtech, Seksyen 18, Shah Alam.
Sampai awal, oleh itu parking tiada masalah. Pengendalian pendaftaran nampak teratur dan berjalan licin. Mungkin penyelaras mempunyai banyak pengalaman sebelum ini. Asrama diberikan terlebih dahulu. Maknya sibuk mengemas.
Selepas mengemas keluar jalan-jalan dekat bandar Seksyen 8. Walaupun bandarnya kecil, tapi lalu-lintas sibuk. Maklumlah ada bank-bank dan shopping kompleks. Selepas makan, hujan turun. Tersangkut dalam hujan. selepas hujan terus balik ke asrama Kak Yong. Petang itu lebihkurang jam 2.30 petang terus balik. Hantar maknya terlebih dahulu ke Airport Subang.