Friday, 20 June 2008

Kursus Pengacara Majlis







Kursus ini dijalankan pada 18-21 Jun 2008. Sebagai penyelaras kursus, tumpuan perlu dilakukan agar kursus ini berjalan lancar. Kursus bermula dari pagi hingga ke malam. Sekali lagi majoriti peserta wanita melebihi lelaki....

Tuesday, 17 June 2008

Makan Malam


Malam tadi lepas sembahyang Isyak, keluar makan dengan Zaini kat kedai dalam surau Taman Lestari Perdana. Satu-satunya kedai yang ada kat situ dan dibuka sebelah malam sahaja. Roti bom tak ada. Yang ada goreng-goreng dan nasi campur. Makan maggi goreng dan teh-O panas sekadar melapik perut




Nostalgia UPMCS







Setelah hampir 25 tahun terpisah kerana mengikut haluan masing-masing selepas tamat pengajian, satu perjumpaan(gathering) diadakan untuk kami bekas penuntut UPM cawangan Sarawak (KGSV). Perjumpaan diadakan di Palm Garden Hotel, Putrajaya pada 22 Disember 2007 yang lalu. Faham-faham sajalah dah hampir 25 tahun tak jumpa. Hingga ada yang tak kenal! Tapi yang pasti kebanyakannya perut dah buncit dan rambut dah beruban.

Monday, 16 June 2008

Penyelaras Kursus





Minggu ini ada satu kursus pegawai yang ditanggungjawabkan menjadi penyelaras. Kursus bertajuk Pengacara Majlis. Kursus bermula 18 Jun hingga 21 Jun 2008. Program kursus hingga ke malam. Hujung minggu ni mungkin tak balik ke Penang kerana kursus tamat Sabtu tengahari. Nasib baik disediakan bilik penginapan.
Nampak gaya 3-4 hari ni
selamat budget - makan, petrol dll.

Koleksi Gambar Kak Cik_Nabilah













Sunday, 15 June 2008

Rebate Duit Minyak


Tadi masa lunch-time pergi pejabat pos UPM . Dari luar kawasan parking penuh kereta hingga melimpah ke jalan besar. Turut tumpang sekaki manusia yang tak reti bahasa, parking kereta sebelah jalan asalkan kereta orang lain boleh lepas. Tak sampai 15 minit duit subsidi minyak kononnya dalam genggaman. Alhamdulillah RM625 amat sesuai tika tengah-tengah bulan ni . Agak letih hari ini kerana sampai rumah hampir 1.30 pagi malam tadi dari Pulau Pinang ke Seri Kembangan

Saturday, 14 June 2008

Khenduri Kahwin





Hari ini pergi dua rumah khenduri. Satu di Mengkuang Kuala, Kubang Semang dan satu lagi di Bayan Baru ,Penang.
Khenduri di Mengkuang Kuala suasananya ala kampung tradisional manakala di Bayan Baru suasananya ala bandar - Tanjung style, siap ada tarian Bollywood. Astaga...