Tuesday, 6 October 2009

Masjid Besi, Putrajaya



Balik Hari Raya dari Penang pada 25 September 2009, kami sekeluarga singgah di masjid besi Putrajaya. Masjid ini merupakan masjid kedua selepas masjid Putra di Putrajaya. Terletak di Presint 3, Putrajaya diberi nama Masjid Sultan Zainal Abidin dan diresmikan pada 1 Ramadhan 1430 Hijrah baru-baru ini oleh Yang Di Pertuan Agong sekarang.

Anggaran kos pembinaan masjid ini adalah sebanyak RM 200 juta.Dibina ditepi tasik dan boleh menampung jemaah seramai 50,000 orang. Tidak dilengkapi kipas angin mahupun pendingin hawa. Uniknya, ruang dalamnya tetap nyaman dan sejuk.

Pandangan dari luar masjid

Menjadikan ayat 57 surah al-Baqarah sebagai teras pembinaan, masjid ini memberi signifikan dari segi kerohanian, teknologi dan arkitektur. Makna ayat itu ialah 'dan kami naungi kamu dengan awan', jadi arkitek masjid ini merekanya berdasarkan konsep itu.
Malah terjemahan ayat ini juga diserlahkan pada binaan bumbung yang besar dan luas di ruang solat utama.

Ciri Tambahan
Tiang utama masjid ini menggunakan bahan binaan besi, ia dilindungi dan disaluti dengan panel alcubond yg boleh bertahan selama dua jam sekiranya berlaku kebakaran.
Kolam air bertingkat yg terdapat disekeliling bangunan masjid kelihatan seperti bersambung dgn tasik Putrajaya .
Udaranya yang kekal nyaman walaupun tanpa pendingin hawa atau kipas ternyata memberi keselesaan kepada jemaah. Aspek terbuka cukup ketara sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalamnya.

Kubah Masjid
Tiada struktur konkrit besar digunakan di ruang solat utama. Ini menjadikan ruang ini lebih berangin sementelah ia terletak di tepi tasik. Justeru, gabungan lantai marmar serta angin tasik membuatkan ruang tersebut sentiasa nyaman.
Masjid ini menggunakan 70 peratus besi atau anggaran sebanyak 6,000 tan besi keluli sebagai bahan binaan utamanya manakala selebihnya adalah konkrit.
Di bahagian luar, jejantas Kiblat Walk yang menghubungkan Dataran Putrajaya dengan bangunan masjid menambahkan lagi keistimewaan Masjid Besi. Jejantas dihiasi kolam air di tepiannya. Masjid ini mempunyai tiga gerbang utama dan setiap satunya selari antara satu sama lain dan berada dalam kedudukan lurus hingga ke ruang utama solat.



Escalator ke ruang solat Pemandangan ke luar masjid